suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak Akan Berunding Dengan Al-Qaeda - White House

WASHINGTON: White House menyatakan tidak akan berunding dengan Al-Qaeda mengenai nasib pekerja bantuan amal warga Amerika Syarikat (AS) yang dijadikan tebusan di Pakistan, selepas beliau membuat rayuan dalam satu video penuh emosi kepada Presiden Barack Obama.

"Kami tidak boleh dan tidak akan berunding dengan al-Qaeda," kata jurucakap White House, Jay Carney, sambil menambah bahawa pegawai tempatan bimbang mengenai keselamatan pekerja bantuan, Warren Weinstein, dan akan berusaha untuk mencari beliau.]

Kelmarin, Weinstein muncul dalam video Al-Qaeda untuk kali pertama sejak dia diculik di Pakistan, beberapa hari sebelum dia menyatakan hasrat untuk pulang ke kediamannya, Ogos tahun lalu.

Video dua minit 40 saat itu dimuat naik di forum jihad milik saluran media Al-Qaeda, as-Sahab, menurut pemantau laman perkhidmatan yang berpangkalan di AS.

"Kami tidak boleh mengesahkan sebarang maklumat mengenainya...namun dipercayai dalam video itu adalah dia," kata Timbalan Jurucakap Jabatan Negara, Mark Toner, sambil menambah bahawa pakar akan cuba menentukan sama ada video itu tulen atau sebaliknya. AFP

Artikel Sebelum

Suu Kyi Peroleh Pasport

Artikel Berikut

Artikel Lain