Belia Di India Berpusu-Pusu Derma Sperma - Dunia | mStar

Belia Di India Berpusu-Pusu Derma Sperma

NEW DELHI: Jumlah belia yang menderma sperma di India meningkat dengan tiba-tiba selepas tayangan filem berjudul 'Vicky Donor', yang mengambil masa hanya 125 minit untuk mencapai sesuatu yang tidak berjaya dilakukan melalui kempen selama bertahun-tahun bagi menggalakkan golongan muda berbuat demikian.

Filem terbitan Bollywood arahan Shoojit Sircar ini berkisar tentang pendermaan sperma dan kemandulan. Mula ditayang pada 20 April di kira-kira 750 pawagam di India, filem ini diisytihar sebagai filem 'super hit'.

Sebelum filem komedi romantik ini menemui penonton, bank sperma yang membuka gerainya di institut perubatan, kejuruteraan dan pengurusan untuk menggalakkan golongan muda menderma sperma, tidak mendapat sambutan ramai.

Selepas 'Vicky Donor' memasuki pawagam, belia berbaris panjang di pusat in-vitro fertilisation (IVF) dan bank sperma untuk menghulurkan sumbangan mereka, lapor The Times of India.

"Pendermaan sperma kini tidak lagi dibincang secara sembunyi-sembunyi. Sebaliknya, ia dibahas secara terbuka - opsyen yang diterima ramai sebagai suatu usaha murni dan yang boleh menjana pendapatan tambahan," kata pakar kesuburan Dr Himanshu Bavishi.

Penderma sperma ditawarkan antara Rs500 (RM27.51) dan Rs3,500 (RM193) bagi setiap sampel, bergantung pada kriteria kelayakan masing-masing dan permintaan pasangan yang inginkan anak.

Garis panduan sedia ada membenarkan seseorang lelaki menderma sperma sebanyak 85 kali sepanjang hayatnya.

Bagaimanapun, pakar berpendapat pendermaan sperma lebih teknikal daripada yang didedahkan melalui filem itu.

"Sampel diambil dan disimpan di dalam inkubator selama lebih kurang enam bulan.

Kemudian, ujian mengenai jangkitan dilakukan untuk mengesan pelbagai jangkitan, termasuk HIV.

"Hanya selepas semua formaliti itu selesai, barulah sampel berkenaan digunakan.

"Bagaimanapun, ganjaran yang diberi tidaklah selumayan yang disangka oleh golongan muda," kata Bavishi. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Al-Qaeda Siar Video Tebusan Warga AS

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain