suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Al-Qaeda Siar Video Tebusan Warga AS

WASHINGTON: Al-Qaeda pada Isnin menyiarkan video seorang tebusan warga Amerika Syarikat, Warren Weinstein, bahawa berkata beliau akan dibunuh melainkan Presiden Barack Obama bersetuju memenuhi permintaan kumpulan militan tersebut.

“Nyawa saya terletak di tangan anda, tuan presiden. Jika anda menerima permintaan mereka, saya akan hidup tetapi jika anda menolak permintaan maka saya akan mati,” katanya.

Weinstein diculik Ogos lalu di Lahore, Pakistan selepas lelaki bersenjata menipu pengawal dan memecah masuk ke kediamannya.

Warren Weinstein, 70 yang berasal dari Rockville, Maryland adalah pengarah firma J.E. Austin Associates yang berpangkalan di Pakistan bagi memberi nasihat kepada pelbagai syarikat perniagaan dan sektor kerajaan.

Dalam pesanan video yang disiarkan di laman web militan itu Disember lalu, ketua Al-Qaeda, Ayman Al-Zawahri, berkata Weinstein akan dibebaskan jika Amerika Syarikat menghentikan serangan udara di Afghanistan, Pakistan, Somalia dan Yaman.

Beliau juga mendesak pembebasan semua suspek al-Qaeda dan Taliban di seluruh dunia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain