suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banduan Mengamuk: Gas Pemedih Mata Dilepaskan

CARACAS: Tembakan senjata api dilepaskan dalam penjara Venezuela pada Rabu sehingga memaksa Pengawal Negara menggunakan gas pemedih mata untuk merampas semula kawasan itu daripada kawalan banduan bersenjata.

Kerajaan negara itu berusaha menutup penjara La Planta berikutan dua cubaan melarikan diri di kalangan banduan dan aduan kesesakan serta mendakwa kemudahan itu tidak menepati piawaian.

Sebahagian besar banduan itu sudah dipindahkan ke pusat tahanan lain. Pegawai kanan penjara, Iris Varela berkata, sekumpulan kecil banduan mendesak supaya mereka dipindahkan dan beberapa das tembakan dilepaskan dari dalam penjara berkenaan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain