suria

HSBC Dalam Rundingan Jual Perniagaannya Di Amerika Selatan

HONG KONG: HSBC kini dalam rundingan untuk menjual aset-asetnya di beberapa negara di Amerika Selatan sebagai sebahagian daripada usaha operasi globalnya untuk mengurangkan kos, kata bank itu pada Khamis.

Bank terbesar di Eropah itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham Hong Kong di mana ia disenaraikan berkata, perbincangan itu berhubung kemungkinan akan menjual operasinya di Colombia, Peru, Uruguay dan Paraguay.

“HSBC akan membuat pengumuman terperinci mengenainya atau pada masa yang sesuai,” kata dalam kenyataan itu tanpa mengulas lanjut mengenai rundingan berkenaan.

Ketua Eksekutif HSBC, Stuart Gulliver pada tahun lepas mengumumkan pelan untuk memfokuskan menyatukan pasaran yang mencatatkan pertumbuhan tinggi dan menjimatkan sehingga AS$3.5 bilion menerusi jualan aset bagi mengurangkan kos, termasuk menghentikan 30,000 pekerja di seluruh dunia menjelang 2013.

HSBC telah pun menghentikan perniagaan perkhidmatan runcit dan kad kredit di Amerika Syarikat (AS) juga operasi 195 cawangannya terutama di bahagian utara New York. - AFP

Artikel Lain