suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wartawan Perancis Hilang Di Colombia

BOGOTA: Seorang wartawan warga Perancis hilang di Colombia pada Sabtu lalu berikutan serangan pemberontak berhaluan kiri dalam satu operasi tentera di selatan negara, kata seorang pegawai Kedutaan Perancis kepada AFP.

Wartawan itu, di mana identitinya tidak didedahkan, mengiringi rondaan tentera di wilayah Caqueta, di mana pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) kekal aktif.

Empat orang terbunuh dalam serangan itu dan lima yang lain masih hilang, kata pegawai tentera.

“Wartawan yang mengiringi unit tentera menjalankan operasi anti dadah apabila unit berkenaan terbabit dalam serangan daripada kuasa-kuasa FARC,” kata pegawai kedutaan.

Pihak berkuasa Colombia telah melancarkan operasi mencari individu yang hilang, kata pegawai diplomat. - AFP

Artikel Lain