suria

Arab Saudi Terima Kesemua Janda & Anak-Anak Osama Bin Laden

JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi dikatakan telah mengizinkan tiga orang janda dan anak-anak Osama bin Laden memasuki semula negara itu atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan.

Menurut akhbar berbahasa Arab yang berpusat di London, Asharq al-Awsat, kerajaan Arab Saudi juga memutuskan isteri-isteri serta anak-anak Osama tidak terlibat dengan gerakan Al-Qaeda yang dipimpin olehnya.

Oleh yang demikian kerajaan Arab Saudi telah membenarkan kesemua isteri dan anak-anaknya kembali ke Arab Saudi.

Osama, yang terbunuh dalam serangan skuad elit Tentera Laut Amerika 2 Mei tahun lalu dalam satu operasi sulit di pekan kecil berhampiran ibu negara Pakistan, Islamabad adalah seorang warga negara Arab Saudi.

Bapa Osama dan saudara-saudaranya yang lain mengetuai konglomerat pembinaan dan pengurusan bangunan yang paling besar di Arab Saudi.

Syarikat itu dinama Kumpulan Bin Laden dan dilantik membina penglebaran Masjidil Haram serta mengurus sekitar kawasan masjid berkenaan.

Dua daripada janda Osama adalah warga Arab Saudi manakala seorang lagi merupakan warga Yemen dilaporkan tiba di sini bersama 10 anak Osama selepas mereka dibebaskan oleh pihak berkuasa Pakistan.

Mereka ditahan selama 10 bulan oleh pihak berkuasa Pakistan kerana memasuki negara itu secara haram.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa isteri Osama dari Yemen yang bernama Amal al-Sadaa bersama lima anaknya meninggalkan Pakistan menggunakan pasport Yemen berkemungkinan besar akan kembali ke Yemen selepas bertemu dengan ahli keluarga Osama yang lain.

Artikel Sebelum

Artikel Lain