suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agensi Perisikan Pakistan Dakwa Serangan Ke Atas Osama bin Laden Atas Maklumat Mereka

WASHINGTON: Akhbar terkemuka Amerika,The Washington Post melaporkan bahawa serangan unit elit Tentera Laut Amerika ke atas kediaman Osama bin Laden tahun lalu adalah atas maklumat yang diberikan oleh agensi perisikan Pakistan.

Oleh hal yang demikian, agensi perisikan Pakistan percaya mereka juga harus diberi kredit di atas kejayaan tersebut.

"Maklumat dan semua perancangan ke arah serangan itu yang berjaya membunuh Osama bin Laden adalah berpunca daripada kami oleh itu kami juga wajar diberi kredit dan bukan hanya dibolot oleh Amerika sahaja," kata seorang pegawai kanan ISI iaitu agensi perisikan Pakistan kepada akhbar tersebut.

Bagaimanapun akhbar berkenaan tidak menamakan siapakah sumber mereka itu.

Osama mati terbunuh pada 2 Mei tahun lalu apabila sekumpulan unit elit SEAL dari pasukan Tentera Laut Amerika menyerbu ke sebuah rumah yang didiami secara rahsia oleh Osama di sebuah pekan bernama Abbottabad berhampiran ibu negara Pakistan, Islamabad.

Walaupun maklumat yang membawa kepada serangan itu disalurkan oleh ISI tetapi apa yang membangkitkan kemarahan Pakistan ialah ia dilancarkan secara rahsia oleh Amerika.

Antara lain Washington Post juga mendakwa ISI turut memberikan maklumat kepada CIA nombor telefon salah seorang isteri Osama yang akhirnya nombor itu dapat dijejaki digunakan di Abbottabad.

Artikel Lain