suria

Tinggal Secara Haram, Pakistan Penjara Keluarga Osama

ISLAMABAD: Mahkamah Pakistan menjatuhkan hukuman terhadap tiga isteri bekas pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden dan dua orang anak perempuan kerana tinggal secara haram di negara ini dengan hukuman 45 hari penjara, kata peguam mereka.

Dalam amalan, ini bermaksud mereka dipenjara selama 14 hari kerana mereka telah berada dalam tahanan.

Ahli keluarga bin Laden akhirnya akan pulang ke negara asal mereka, kata peguam.

Pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden telah ditembak dan dibunuh pada Mei tahun lepas oleh Pasukan Khas Amerika Syarikat (AS) yang menyerbu rumahnya di pekan Abbottabad, Pakistan selepas lama diburu.

Penganalisis berkata pegawai Pakistan mungkin lebih suka hukuman penjara yang panjang bagi wanita ini untuk menghalang mereka daripada mendedahkan butiran mengenai bagaimana bin Laden dapat tinggal di Pakistan selama bertahun-tahun tanpa dapat dikesan, mungkin dibantu oleh pertubuhan keselamatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain