suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beribu-Ribu Berarak Bantah Bakal Pemimpin Hong Kong

Ribuan penunjuk perasaan mengadakan bantahan terhadap bakal pemimpin Hong Kong. - AFP
Ribuan penunjuk perasaan mengadakan bantahan terhadap bakal pemimpin Hong Kong. - AFP
Ribuan penunjuk perasaan mengadakan bantahan terhadap bakal pemimpin Hong Kong. - AFP

HONG KONG: Beribu-ribu orang mengadakan demonstrasi pada Ahad bagi membantah bakal pemimpin negara itu dan mengutuk terhadap dakwaan Beijing menganggu pada pilihan raya bagi mempengaruhi memegang kepimpinan tertinggi tersebut.

Mereka memegang sepanduk dan melaungkan slogan seperti “Seorang, satu undi” dan “Leung perlu berundur, dengan penunjuk perasaan berarak melalui pusat bandar yang sibuk ke pejabat perwakilan Beijing di wilayah separa autonomi itu.

Kira-kira 15,000 orang menyertai perarakan yang berlangsung selama 90 minit itu, kata penganjur. Polis menjangkakan jumlah mereka adalah 5,300 orang.

Ia merupakan bantahan paling besar yang pertama sejak jutawan dan perunding hartanah, Leung Chun Ying, 57, dipilih seminggu awal sebagai ketua pemimpin seterusnya oleh 1,200 jawatankuasa pilihan raya yang pro-Beijing.

Negara bekas tanah jajahan British itu kembali kepada pemerintahan China pada tahun 1997, menikmati kebebasan yang luas yang tidak dirasai di tanah besar China di bawah “Satu negara, dua sistem”, namun tidak lagi boleh memilih pemimpin sendiri dengan majoriti undi.

“Beijing secara terang-terangan campur tangan dalam pilihan raya kita,” kata seorang pesara, Lam Sum Shing, 69, yang memakai baju tentera warna hijau dengan topong bergambarkan muka Leung. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain