suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

31 Terbunuh, 12 Selamat Nahas Pesawat Rusia

MOSCOW: Sebuah pesawat penumpang Rusia terhempas dan meletup setelah berlepas di rantau pengeluar minyak Siberia pada Isnin, membunuh sekurang-kurangnya 31 daripada 43 penumpang di atas kapal, kata pegawai kecemasan.

13 mangsa telah dikeluarkan dari bangkai pesawat dan dikejarkan ke hospital dengan helikopter tetapi kemudiannya seorang meninggal dunia.

Televisyen menunjukkan kapal terbang yang patah dua, dan tersadai di atas salji.

Hanya bahagian ekor dan beberapa bahagian lain pesawat yang kelihatan.

Tidak sebarang penjelasan tentang perlanggaran pesawat UTair ATR 72.

"Tiada penjelasan lagi," Yuri Alekhin, ketua cawangan serantau Kementerian Kecemasan, memberitahu televisyen Rusia dari tempat nahas.

Beliau berkata "kotak hitam" perakam penerbangan telah dijumpai dan menambah: "Hubungan dengan pesawat telah terputus hanya lebih tiga minit selepas berlepas"

UTair, dalam laman webnya berkata bahawa pesawat enjin berkembar turbo-prop itu cuba membuat pendaratan kecemasan apabila ia telah turun 1.5 km (1 batu) dari lapangan terbang di barat bandar raya Siberia Tyomen.

Sekurang-kurangnya lima orang yang terselamat berada dalam keadaan kritikal, pegawai agensi berita RIA yang memetik pegawai hospital sebagai berkata di Tyumen, kira-kira 1.720 km (1070 batu) di timur Moscow.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain