suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Apple Jual Tiga Juta Unit Keluaran Terbaru

SAN FRANCISCO: Apple pada Selasa mengumumkan syarikat itu sudah menjual tiga juta unit iPad keluaran terbarunya sejak komputer tablet itu berada di pasaran sepanjang seminggu lalu.

“iPad terbaru ini mendapat sambutan terhangat dengan tiga juta unit sudah dijual, iaitu penjualan terhebat setakat ini.

“Pelanggan amat teruja dengan ciri-ciri baru iPad keluaran terbaru ini. Kami berusaha keras agar mereka memperolehnya pada Jumaat ini,"kata Naib Presiden Kanan Jualan Apple, Philip Schiller.

Produk terbaru itu akan mula dijual Jumaat ini dengan pelanggan seluruh dunia dari Sydney ke San Francisco sememangnya menanti untuk mendapatkan komputer tablet ini.

Ia sudah mula dijual di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Jepun, Kanada, Singapura, Switzerland, Britain dan Hong Kong.

Ini akan diikuti negara lain pada 23 Mac ini.

Artikel Lain