suria

50 Ditahan Sertai Demonstrasi Anti-Kerajaan Di Cuba

HAVANA: Lebih 50 ahli pembangkang bersama kumpulan aktivis yang dikenali ‘Ladies in White’ ditahan polis Republik Cuba pada Isnin ekoran terlibat dalam protes anti-kerajaan ketika lawatan oleh Pope Benedict XVI, di sini.

Sekumpulan polis yang berada di tempat kejadian dilaporkan, berjaya menyuraikan kumpulan yang terdiri daripada isteri dan ibu kepada tahanan politik serta menahan 20 ahli pembangkang selepas mereka terkeluar dari laluan utama perarakan.

Seorang aktivis Ladies in White, Odalys Sanabria, berkata, seramai 33 wanita termasuk pemimpin kumpulan Berta Soler ditahan selepas mereka hadir beramai-ramai menyertai perhimpunan di sebuah gereja Roman Katolik, Isnin.

“Setiap Ahad mereka akan keluar meninggalkan ibu pejabat untuk menyertai perhimpunan yang diadakan di gereja namun apabila keluar semua ahli terbabit ditahan,” katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain