suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

India Kaitkan Letupan Delhi Dengan Cubaan Serangan Thailand

NEW DELHI: Polis India berkata, serangan bom terhadap isteri wanita warga Israel mempunyai kaitan dengan serangan yang gagal di Bangkok sehari berikutnya yang menyalahkan sekumpulan lelaki warga Iran.

Israel mendakwa warga Iran melakukan kedua-dua serangan serta cubaan serangan bom yang gagal di republik Georgia, Soviet.

Iran bagaimanapun nafi terlibat dalam mana-mana serangan berkenaan.

Awal minggu ini, polis India mengeluarkan waran tangkap terhadap tiga warga Iran yang meninggalkan negara itu dan mereka didakwa kerana terlibat dalam letupan di Delhi pada 13 Februari lalu.

Pesuruhjaya Polis Delhi, B.K. Gupta memberitahu pemberita pada Jumaat bahawa salah seorang suspek berkenaan telah berhubung dengan Masaoud Sedaghtzadeh, yang ditahan di Malaysia dan didakwa kerana terlibat dalam letupan di Bangkok, ibu negara Thailand. - AP

Artikel Lain