suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Apple Tak Tahu Nak Buat Apa Dengan Tunai Berbilion Dolar Dalam Simpanan

SAN FRANCISCO: Apple Inc - yang kini dianggap sebagai firma paling bernilai di dunia tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan dengan wang tunai dan aset berjumlah RM299.31 bilion (AS$98 bilion) dalam simpanan mereka sekarang.

Hanya beberapa hari selepas nilai sahamnya mencecah AS$600 seunit, Apple telah mengeluarkan satu kenyataan ringkas yang menyebut mereka akan mengadakan satu persidangan, Isnin, untuk membincangkan beberapa isu penting termasuklah tentang masa depan wang tunai yang begitu banyak di dalam simpanan mereka.

Para pemegang saham telah pun membuat desakan supaya wang tunai yang begitu banyak itu dikembalikan sebagai 'habuan' dalam bentuk dividen kepada mereka.

Para penganalisis telah pun membuat ramalan yang firma pembuat iPhone, iPad dan iPod itu akhirnya akan mengembalikan sebahagian daripada wang tunai tersebut kepada para pemegang saham.

Nilai semasa Apple kini dianggarkan berjumlah AS546 bilion.

Artikel Berikut

Artikel Lain