suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jutawan Thailand Cipta Red Bull Meninggal Dunia

Chaleo Yoovidhya
Chaleo Yoovidhya
Chaleo Yoovidhya

BANGKOK: Media Thailand berkata, jutawan negara itu yang mencipta sendiri minuman bertenaga Red Bull tiga dekat lalu meninggal dunia pada usia 89 tahun.

Penyiar televisten kerajaan, MCOT berkata, Chaleo Yoovidhya meninggal dalam keadaan biasa pada Sabtu.

Chaleo mengasaskan T.C Pharmarceuticals. Pada tahun 1970-an, beliau merumuskan protaip minuman bertenaga yang dipanggil Daeng Krathing, atau Red Bull dalam bahasa Inggeris.

Ia begitu popular di kalangan pemandu lori dan buruh seluruh Thailand.

Chaleo kemudian mengasaskannya sebuah syarikat pada 1984 bersama dengan rakannya, warga Austria yang membantu menjadikan Red Bull sebagai jenama global.

Majalah Forbes menyenaraikan Chaleo sebagai antara lelaki terkaya di dunia dengan asetnya yang dianggarkan beberapa bilion dolar Amerika Syarikat. - AP

Artikel Lain