suria

24.8 Bilion Baht Untuk Projek Banjir Di Thailand

Timbalan Jurucakap Kerajaan Charitrat Chantarubeksa berkata bajet itu adalah bagi menguruskan dan mengubahsuai pintu air, benteng tebatan banjir, sistem lencongan dan mengorek terusan.

Beliau berkata 15.5 bilion Baht (kira-kira RM1.55 billion) akan dibelanjakan di sebelah timur sungai Chao Phraya manakala bakinya untuk sebelah barat sungai itu.

Sementara itu, mesyuarat Kabinet di sini hari ini juga meluluskan untuk melanjutkan perintah darurat di tiga wilayah selatan iaitu Yala, Narathiwat dan Pattani untuk tiga bulan lagi mulai 20 Mac hingga 19 Jun.

Pemangku jurucakap kerajaan Anusorn Lamsa-ard berkata kabinet bersetuju melanjutkan perintah itu seperti yang dicadangkna oleh Majlis Keselamatan Negara.

Tiga wilayah itu diletakkan di bawah perintah darurat sejak 2004 sejak kumpulan pemisah menyambung semula kempen bersenjata bagi mendapatkan kemerdekaan bagi kawasan itu sejak lapan tahun lalu dan menyebabkan lebih daripada 5,000 orang terkorban. -BERNAMA



Artikel Lain