suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Afghanistan Terbabit Kemalangan Ketika Panetta Mendarat Meninggal Dunia

KABUL: Lelaki Afghanistan yang memandu lori curi dan terbabit dengan kemalangan di lapangan terbang ketika pesawat Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Leon Panetta mendarat di lapangan terbang telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Leftenan Jeneral AS, Curtis Scaparotti, timbalan komander tentera Amerika di Afghanistan, memberitahu pemberita yang mengikuti perjalanan bersama Panetta bahawa lelaki itu meninggal dunia pada pagi Khamis selepas teruk terbakar.

Scaparotti berkata lelaki itu menyimpan bekas bahan api di dalam kereta, yang dinyalakan semasa kemalangan pada Rabu, di lapangan terbang British yang terletak di wilayah Helmand, selatan Afghanistan.

Bagaimanapun tiada sesiapa yang bersama Panetta tercedera.

Pemandu memandu pada kelajuan tinggi dan terbabas ke dalam parit berhampiran jalan di mana pesawat Panetta akan berhenti.

Scaparotti berkata pemandu itu menuju ke arah kumpulan tersebut.

Artikel Lain