suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Presiden Brazil Dibenar Keluar Dari Hospital

Lula menunjukkan tanda bagus selepas keluar dari hospital setelah menjalani rawatan jangkitan paru-paru. AFP
Lula menunjukkan tanda bagus selepas keluar dari hospital setelah menjalani rawatan jangkitan paru-paru. AFP
Lula menunjukkan tanda bagus selepas keluar dari hospital setelah menjalani rawatan jangkitan paru-paru. AFP

SAO PAULO: Bekas Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, yang sedang menjalani terapi radiasi untuk kanser tekak telah dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad selepas beliau menjalani rawatan kerana jangkitan paru-paru.

"Beliau akan terus mengambil antibiotik sehingga 16 Mac ini tetapi beliau dilihat semakin beransur pulih,” kata seorang doktor, Roberto Kalil Filho, memberitahu laman web berita Brazil G1.

Filho berkata, Lula perlu kembali untuk menjalani pemeriksaan pada akhir bulan ini.

Doktor berkata, jangkitan paru-paru yang dihadapi Lula adalah kebiasaan bagi seseorang yang mempunyai kelemahan dalam ketahanan diri selepas melalui tiga kitaran kemoterapi dan 33 sesi terapi radiasi.

Lula, merupakan presiden pertama Brazil yang berhaluan kiri, memimpin negara itu dari Januari 2003 hingga Disember 2010. - AFP

Artikel Lain