suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Parti Pembangkang Myanmar Mengadu Kempen Pilihan Raya Disekat

YANGON: Pemimpin parti pro-demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi berkata, sekatan ke atas kempen pilihan raya kecil akan datang akan berisiko menjadi tidak adil.

Jurucakap Liga Demokrasi Kebangsaan Nyan Win pada Isnin, berkata parti itu menghadapi kesukaran untuk mendapat kebenaran untuk menggunakan tempat awam untuk mesyuarat.

Pemenang "Nobel Peace Prize" Suu Kyi sedang berusaha menduduki salah satu daripada 48 kerusi parlimen yang dipertandingkan pada April 1.

Parti beliau memenangi pilihan raya umum 1990, tetapi tentera enggan membenarkan ia untuk mengambil alih kuasa.

Liga Demokrasi Kebangsaan memulaukan pilihan raya umum 2010 kerana merasakan peraturan-peraturan yang ditetapkan sebagai tidak adil.

Bagaimanapun ia bersetuju untuk menyertai semula politik pilihan raya tahun lepas apabila presiden ketenteraan Thein Sein yang baru dipilih, mula melaksanakan pembaharuan demokrasi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain