suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Virus Selesema Burung Di Indonesia Alami Perubahan

JAKARTA: Ciri-ciri berlainan pada beberapa unggas yang mati kerana selesema burung di Indonesia sejak kebelakangan ini telah menyebabkan pihak berkuasa kesihatan di beberapa negeri mengesyaki virus H5N1 itu telah mengalami perubahan.

Ketua Jabatan Penternakan dan Kesihatan Haiwan Jawa Tengah, Whitono, berkata sebahagian daripada unggas yang mati kerana selesema burung kini tidak lagi mempunyai tanda bintik-bintik hitam atau kebiruan pada bahagian badan yang tidak berbulu, sebagaimana yang biasanya. Ketua Bidang Kesihatan Haiwan Jabatan Penternakan dan Kesihatan Haiwan Jawa Tengah, Eko Sutarti, pula berkata walaupun belum pasti mengenai adanya virus baru, ciri-ciri unggas yang mati kerana selesema burung, telah didapati berubah, akhbar harian Kompas melaporkan pada Selasa.

Kini unggas yang mati mendadak tanpa tanda bintik-bintik hitam atau kebiruan itu, juga didapati positif selesema burung.

Pihak berkuasa dan pakar bidang kajian selesema burung tempatan bimbang perubahan itu mungkin disebabkan virus jenis baru yang lebih berbahaya, namun penelitian lebih lanjut diperlukan bagi mengesahkan kemungkinan itu, kata laporan itu. -BERNAMA

Artikel Berikut

10 Cedera Serangan Bom Di Yala

Artikel Lain