suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Microsoft India Digodam Penjarah Siber

NEW DELHI: Laman web Microsoft India mengalami gangguan pada Isnin selepas dilaporkan digodam oleh sekumpulan orang Cina yang menggelar diri mereka sebagai Kumpulan 'Evil Shadow'.

Kumpulan itu menyerang laman web www.microsoftstore.co.in lewat kelmarin, dengan mencuri 'id login' dan kata laluan mereka yang telah menggunakan laman web tersebut untuk membeli produk Microsoft, menurut akhbar Times India.

Selepas menggodam laman web ini, Kumpulan 'Evil Shadow' menghantar mesej di laman web Microsoft mengatakan bahawa "sistem yang tidak disimpan akan dibaptiskan," menurut Times of India.

Laman Microsoft pada Isnin, telah memaparkan mesej dan berkata bahawa "Buat masa ini Microsoft Store India tidak ada" dan Microsoft sedang berusaha untuk memulihkan akses secepat mungkin."

Seorang jurucakap Microsoft berkata, syarikat perisian terbesar di dunia ini tidak boleh membuat sebarang komen dengan segera.

Dua tahun lalu, penyerang-siber yang mempernalkan diri mereka sebagai "Tentera Cyber Pakistan" telah menggodam laman web Biro Siasatan Negara, agensi polis teringgi India.

Pakar IT India sering mengeluh terhadap apa yang mereka katakan sebagai kurangnya kesedaran mengenai keselamatan Internet di seluruh negara.

Artikel Lain