suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

China Desak Rundingan Isu Nuklear Iran Disambung

TEHRAN: China semalam mendesak Iran dan kuasa-kuasa dunia untuk menyambung rundingan yang tertangguh berhubung program nuklear Teheran serta meminta kerjasama yang lebih baik daripada negara Islam itu dan pasukan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Timbalan Menteri Luar China, Ma Zhou yang mengadakan lawatan selama dua hari di Tehran berkata, desakan itu dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan dengan timbalan perunding nuklear Iran, Ali Bagheri.

Lawatan Ma dilakukan ketika ketegangan semakin memuncak antara Iran dan negara-negara Barat berhubung aktiviti nuklear Teheran yang dikhuatiri untuk menghasilkan senjata pemusnah. - AFP

Artikel Berikut

10 Cedera Serangan Bom Di Yala

Artikel Lain