suria

Syarikat Penerbangan Perlukan 33,500 Pesawat Baru Menjelang 2030: Boeing

SINGAPURA: Syarikat penerbangan global akan memerlukan 33,500 pesawat baru yang bernilai $4.0 trilion dalam tempoh kurang daripada dua dekad, dengan keperluan di Asia dijangka kira-kira 35 peratus daripada jumlah keseluruhan, menurut pembuat pesawat Boeing Amerika Syarikat (AS), Isnin.

Penerbangan Asia-Pasifik akan memerlukan 11,450 pesawat baru, bernilai $1.5 trilion menjelang 2030, kata Naib presiden Boeing untuk pesawat komersil, Randy Tinseth pada sidang media di Pertunjukan Udara Singapura.

"Ini adalah pasaran terbesar di dunia bagi pesawat sehaluan... untuk pesawat berkembar...untuk kapal terbang besar. Bagaimana pun cara anda melihatnya, ianya adalah besar, pasaran yang besar, dan ini adalah satu pertumbuhan pasaran," katanya.

Tinseth, yang mengemaskini anggaran awal Boeing berkata permintaan yang terbesar di rantau ini merupakan pesawat satu lorong yang biasanya mempunyai tempat duduk antara 90 dan 200 penumpang - model yang paling dicari-cari di pasaran syarikat penerbangan bajet.

Daripada 33,500 pesawat baru yang diperlukan di seluruh dunia, kira-kira 60 peratus adalah untuk kumpulan penerbangan penumpang, dengan bakinya menggantikan stok yang sudah lama.

Di rantau Asia Pasifik, sebanyak 80 peratus daripadanya adalah peningkatan kumpulan penerbangan penumpang.

Boeing berkata kumpulan penerbangan penumpang dunia berjumlah 19,410 pesawat pada tahun 2010, dan dijangka mencapai lebih daripada 39,500 menjelang 2030.

Untuk memenuhi permintaan, Tinseth berkata Boeing akan meningkatkan pengeluaran model termasuk model sehaluan 737 MAX untuk generasi akan datang, yang akan menjalani fasa terakhir ujian terowong angin minggu depan.

Boeing juga mempertimbangkan untuk melancarkan versi yang lebih besar 787 Dreamliner saiz pertengahan dipanggil 787-10x yang yang boleh menampung sehingga 320 penumpang, atau 40 lebih banyak daripada model 787-9.

Naib Presiden Pembangunan Program 787, Mark Jenks berkata pada hari Ahad bahawa Boeing berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran Dreamliner sehingga 10 pesawat sebulan menjelang akhir tahun 2013, meningkat daripada dua atau tiga buah pada masa kini.

Sementara itu Tinseth berkata pasaran modal dan syarikat pemajakan dijangka akan memainkan peranan yang semakin besar dalam membiayai penghantaran pesawat sebagai dana dari bank-bank Eropah untuk meringankan krisis akibat hutang di benua itu.

"Saya fikir dalam jangka masa panjang ... syarikat penerbangan akan melihat sumber-sumber lain untuk membiayai pesawat (penghantaran)," katanya.

Boeing dan 'European rival Airbus' adalah syarikat utama yang menyertai Pertunjukan Udara Singapura dwitahunan, yang akan berlangsung dari 14-19 Februari.

Artikel Lain