suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Sarat Mengandung Cedera Parah Diterkam Harimau Bintang

GUWAHATI (India): Seekor harimau bintang menerkam dua orang termasuk seorang wanita yang sarat mengandung pada Jumaat selepas haiwan itu sesat dan memasuki timur laut bandar Assam.

Ia merupakan serangan ketiga dalam tempoh beberapa minggu ini.

Kehadiran harimau bintang itu mencetuskan panik apabila ia memasuki bandar Guwahati, tempat di mana seorang lelaki berusia 20 tahun dan wanita mengandung diserang.

Pekerja buruh, Abid Ali yang merupakan suami kepada wanita mengandung itu memberitahu isterinya kehilangan banyak darah dan pengsan di tempat kejadian.

"Belakang kepalanya cedera parah," katanya.

Seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Moziz Hag berkata, dia juga mengalami kecederaan di kepala.

Binatang tersebut kemudiannya ditembak dеngаn ubat pelali οlеh ѕаtυ pasukan hidupan liar dan dihantar ke sebuah zoo.

Dalam insiden mengerikan yang berjaya dirakamkan menerusi kamera, tiga orang cedera manakala seorang terbunuh dalam serangan harimau itu pada 7 Januari lalu.

Tiga orang turut cedera dalam serangan berasingan minggu lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

11 Maut Dalam Runtuhan Bangunan

Artikel Lain