suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dunia Perlukan 600 Juta Pekerjaan Baru Dalam Tempoh 10 Tahun

GENEVA: Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO) menganggarkan 600 juta pekerjaan baru diperlukan di seluruh dunia dalam tempoh 10 tahun akan datang untuk mengatasi kemiskinan dan juga pengangguran.

Ini memandangkan dalam tempoh tersebut, adalah dianggarkan 1.1 bilion orang sama ada akan hidup di dalam kemiskinan atau menganggur.

Setiausaha Agung ILO, Juan Somavia berkata demikian dalam laporan mengenai trend pekerjaan global bagi tahun 2012 yang dikeluarkan di sini pada Selasa.

"Oleh yang demikian, penciptaan pekerjaan baru harus menjadi agenda utama setiap kerajaan di dunia ini dalam usaha kita untuk mengatasi kemiskinan dan pengangguran dalam tempoh 10 tahun yang mendatang ini," katanya.

Dan beliau menambah, sama ada dunia akan dapat mengatasi krisis ini atau tidak akan bergantung kepada sejauh manakah berkesannya kerajaan dalam mana-mana negara di dunia ini melaksanakan polisi masing-masing.

Artikel Lain