suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemberontak Filipina Bunuh 100 Pasukan Tentera Pada 2011

MANILA: Tentera Filipina berkata, pengganas komunis membunuh kira-kira 100 askar dan polis kerajaan serta melancarkan sebanyak 447 serangan pada tahun lalu meskipun pemberontakan mereka yang berlaku sejak berdekad lamanya semakin berkurangan.

Jurucakap tentera, Kolonel Arnulfo Burgos pada Ahad berkata, serangan-serangan oleh gerila New People’s Army itu termasuk 31 serangan terhadap firma-firma perlombongan, perladangan pisan dan perniagan-perniagan lain.

Beliau berkata, mereka memperoleh hampir ASD7 juta (RM22.12 juta) daripada pemerasan itu pada tahun 2011.

Burgos berkata, pemberontak bergantung pada peras ugut terhadap perniagaan sehingga melibatkan penduduk kampung yang miskin sehingga memberi kurang sokongan mereka daripada masyarakat.

Pemberontak Maois tidak segera mengulas tetapi mempertikaikan mengenai dakwaan tentera pada masa lalu sebagai proganda dalam serangan yang semakin berleluasa. – AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain