suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapan Pejalan Kaki Maut, Lima Cedera Dirempuh Kereta Di Jakarta

JAKARTA: Sebuah kereta yang hilang kawalan merempuh sekumpulan pejalan kaki di Jalan M Ridwan Rais, Gambir, Jakarta Pusat pada Ahad mengakibatkan lapan terbunuh dan lima lagi cedera.

Mangsa yang meninggal berusia antara dua setengah tahun hingga 51 tahun.

Polis berkata, kereta berkenaan sedang menghala ke arah Tugu Tani apabila kemalangan berlaku di hadapan bangunan Kementerian Perdagangan pada kira-kira pukul 11.15 pagi.

Pemandu dan tiga penumpang kerta berkenaan, hanya cedera ringan.

Mayat dihantar ke Hospital Cipto Mangunkusumo manakala lima mangsa yang cedera dirawat di sebuah hospital lain.

Polis telah menahan pemandu kereta yang berusi 29 tahun itu dan akan didakwa mengikut undang-undang lalu lintas kerana memandu secara lalai. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain