suria

Calon Presiden AS Akhirnya Umumkan Senarai Pendapatan dan Dokumen Cukai

WASHINGTON: Calon presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Mitt Romney yang sedang berhadapan dengan tekanan daripada pelbagai pihak agar mendedahkan cara beliau memperolehi kekayaan akhirnya akur dan menyenaraikan jumlah pendapatannya.

Menurut akhbar The Washington Post, Romney - yang disifatkan sebagai seorang calon presiden yang terkaya pernah masuk bertanding - memperolehi pendapatan berjumlah AS$21.7 juta pada tahun 2010 dan AS$20.9 juta tahun lalu.

Sebahagian besar daripada jumlah pendapatan itu diperolehi daripada hasil pelaburan saham milik keluarga Romney.

Malah keluarga Romney telah menyumbang AS$7 juta dalam bentuk amal kebajikan sejak tahun 2010 - kebanyakkan kepada gereja mazhab Mormon.

Daripada jumlah itu, beliau membayar cukai persekutuan berjumlah AS$6.2 juta.

Romney seringkali menegaskan bahawa keupayaannya mengendalikan perniagaan menjadikannya sebagai calon yang paling sesuai untuk memimpin AS yang kini sedang berhadapan dengan krisis ekonomi dan pasaran yang lembab.

Di bawah undang-undang cukai AS, pendapatan daripada hasil pelaburan biasanya dikenakan cukai pada kadar 15 peratus manakala pendapatan daripada gaji boleh dikenakan cukai sehingga 35 peratus.

Artikel Lain