suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Colombia Tawar Rawatan Percuma Untuk Implan Rosak

BOGOTA: Kerajaan Colombia berkata pihaknya akan menyediakan pembedahan pembuangan dan rawatan lain untuk wanita yang mempunyai implan payudara rosak yang dibuat di Perancis secara percuma.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Perlindungan Sosial Colombia pada Rabu menggesa wanita yang membuat implan berunding dengan doktor mereka bagi menentukan sama ada implan jenama PIP mereka telah rosak.

Menurut kenyataan tersebut, kerajaan akan menawarkan pembedahan percuma untuk membuang implan, tetapi tidak meliputi kos implan baru melainkan mereka telah memasukkan ketika pembedahan asal.

Kerajaan Venezuela mengumumkan dasar yang sama minggu lepas.

Pegawai-pegawai Perancis berkata implan tersebut mempunyai risiko untuk pecah yang mana ianya mengandungi silikon berbahaya dan bukan gel perubatan yang digunakan dalam implan berkualiti tinggi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain