suria

Bekas Editor Tabloid British Bakal Teraju 'New York Daily News'

NEW YORK: Bekas editor tabloid British, News of the World yang tidak lagi beroperasi, akan menerajui New York Daily News yang juga pesaing lama akhbar New York Post milik Rupert Murdoch, laporan berita hari ini.

Colin Myler, yang kehilangan tugasnya pada Julai lalu apabila akhbar Murdoch News of the World ditutup akibat godaman skandal telefon, akan mengambil alih edaran harian terbesar di New York itu bermula 10 Januari, menurut satu memo yang tersebar dalam talian, oleh laman berita, Capital New York.

"Saya amat berbangga dan berbesar hati menjadi ketua salah sebuah akhbar utama Amerika dalam era baru," kata Myler dalam memo itu.

Penerbit Daily News, Mort Zuckerman berkata dalam memo tersebut bahawa "New York Daily News adalah sebuah institusi besar dalam bidang kewartawanan Amerika dan akan menjadi lebih baik di bawah kepimpinan Colin."

Penggantian mengejut Myler dengan pemimpin sidang redaksi, Kevin Convey dilihat penganalisis media sebagai kemungkinan untuk mencetuskan persaingan antara News and the Post yang mempunyai kelompok pembaca yang hampir sama, walaupun pada masa ini akhbar tersebut dilihat lebih meluas dan sering mengatasi pesaing.

Bagi Myler, perubahan ini juga akan dilihat sebagai membuka mata Murdoch. Myler mengetuai akhbar milik Murdoch dari tahun 2007. Sebelum itu, beliau adalah ketua Post New York selama lima tahun .

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain