suria

Bapa Cekik Anak, Tetak Ibu Bapa Mertua

TIMISOARA: Seorang lelaki hilang pertimbangan apabila mencekik anak lelakinya yang berusia tujuh tahun sehingga mati dan menetak ibu bapa mertuanya dengan kapak sebelum menggantung diri.

Jurucakap polis Timis, Mihaela Mezdrea berkata, lelaki berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Ioan Ciucea ditemui mati dipercayai menggantung diri di balkoni rumahnya pada awal pagi Isnin oleh abangnya.

Abang lelaki itu menghubungi unit kecemasan tetapi suspek gagal diselamatkan.

Polis menemu bual beberapa jiran mangsa di bandar Sag yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar raya Timisoara.

Beberapa saksi memberitahu media tempatan bahawa isteri Ciucea tidak menetap bersama keluarga tersebut selama lapan bulan kerana bekerja di Itali.

Artikel Lain