suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sembelih Lembu Di Madhya Pradesh Boleh Dihukum 7 Tahun Penjara

BHOPAL: Menyembelih lembu di Negeri Madhya Pradesh di India kini boleh berhadapan dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

Madhya Pradesh yang diperintah oleh parti berhaluan kanan Hindu, iaitu Parti Bhartiya Janata (BJP), akan memperkenalkan undang-undang baru berhubung larangan penyembelihan lembu, menjual atau memiliki daging lembu.

Agensi berita AFP telah memetik seorang pemimpin kanan parti itu sebagai berkata, undang-undang baru tersebut akan dikuatkuasakan melalui satu pengumuman tidak lama lagi.

Menteri Budaya dan Perhubungan Awam Madhya Pradesh, Laxmikant Sharma turut dipetik sebagai berkata bahawa penguatkuasaan undang-undang baru itu ibarat mimpi menjadi nyata dan menegaskan mereka berazam untuk menguatkuasakannya dalam ertikata yang sebenar.

Artikel Lain