suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sarkozy Tuntut Bashar Assad Undur Diri

BEIRUT: Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy menuntut Presiden Syria, Bashar Assad untuk meletak jawatan kerana terlibat dengan pembunuhan kejam ribuan penunjuk perasaan di negara itu tahun lalu.

Malah, Liga Arab turut akan berbincang untuk mengundur pasukan pemantau ke negara tersebut ekoran keganasan demi keganasan terus berlaku.

Walaupun Liga Arab melihat beberapa perkembangan di Syria menerusi pasukan pemerhatinya minggu lalu, misi tersebut masih lagi diperingkat awal.

Bagaimanapun, Sarkozy menegaskan pada Selasa bahawa Assad perlu mengundur diri.

"Pembunuhan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Syria mencetuskan rasa marah di beberapa negara Arab, Perancis, Eropah dan negara lain," katanya.

Beberapa minggu lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kira-kira 5,000 orang terbunuh dalam tunjuk perasaan anti kerajaan yang dilancarkan pada Mac lalu.

Susulan itu, aktivis pembangkang mendakwa seramai lebih seratus orang terbunuh.

Kekejaman itu mendapat kritikan di peringkat antarabangsa tetapi Assad masih mempertahankan tindakannya.

Liga Arab telah menghantar kira-kira 100 pemerhati pada minggu lalu untuk memantau perkembangan semasa di Syria.

Artikel Lain