suria

Banjir Di Brazil, Jumlah Terkorban Meningkat

RIO DE JANEIRO: Dua orang lagi maut dan seorang lagi hilang berikutan banjir yang melanda Minas Gerais, di tenggara Brazil pada Isnin dan membawa kepada jumlah kematian kepada empat, kata pegawai pertahanan awam.

Seorang lelaki berusia 38 tahun meninggal dunia di ibu negeri, Belo Horizonte, apabila rumah dua tingkatnya runtuh dalam banjir manakala isterinya terselamat daripada runtuhan tersebut, katanya.

Juga ditemui mati seorang wanita berusia 78 tahun, di halaman rumahnya di bandar Visconde do Rio Branco.

Sementara itu, seorang wanita berusia 74 tahun, yang dilaporkan hilang di Santo Antonio Rio Abaixo.

Pegawai-pegawai berkata sejak beberapa hari lepas seramai 32 orang telah mengalami kecederaan dan 9,365 lagi terpaksa melarikan diri dari rumah masing-masing.

Manakala 46 majlis perbandaran telah diisytiharkan sebagai kawasan kecemasan.

Dalam kejadian bajir Selasa lepas, dua orang dewasa, lelaki dan perempuan telah terkorban.

Hujan lebat telah menjejaskan kira-kira dua juta penduduk yang tinggal di kawasan itu, kata pegawai berkenaan. - AFP

Artikel Lain