suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 Kanak-Kanak, Seorang Pemandu Maut Dalam Kemalangan Akibat Kabus Tebal

NEW DELHI: Kira-kira 10 kanak-kanak dan seorang pemandu maut apabila sebuah van sekolah berlanggar dengan trak dalam keadaan kabus tebal di utara India.

Media tempatan pada Isnin melaporkan bahawa kanak-kanak yang maut berusia di antara lima hingga lapan tahun.

Sementara itu, seramai 20 kanak-kanak lain dilaporkan terselamat dalam insiden tersebut.

Van tersebut dan sebuah trak bertembung kerana jarak penglihatan yang kurang jelas.

Kemalangan itu berlaku di pinggir wilayah Ambala.

Walaupun India terkenal sebagai sebuah negara yang panas melampau, suhu pada Disember dan Januari mencatat penurunan dengan mendadak.

Kabus tebal yang melanda utara India terutamanya di sebelah pagi dan lewat petang menjejaskan perjalanan udara dan kereta api di wilayah itu.

Artikel Lain