suria

Bekas PM Australia Terima Anugerah Khas Dari Ratu

LONDON: Bekas Perdana Menteri Australia, John Howard telah dilantik sebagai anggota Order of Merit Ratu Elizabeth II, yang berprestij tinggi dan hanya dianugerahkan terhad kepada 24 orang yang masih hidup sahaja.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Buckingham pada Ahad, artis British, David Hockney turut menerima anugerah yang sama.

Penganugerahan tersebut adalah merupakan satu anugerah khas yang diberikan kepada individua dengan pencapaian yang cemerlang dalam bidang masing-masing termasuklah kepimpinan, seni, pendidikan, kesusasteraan, sains dan juga perkhidmatan awam.

Senarai pemilihan hanya dibuat dengan restu Ratu sahaja.

Ratu Elizabeth II merupakan ketua negara untuk 16 negara Komanwel termasuklah Britain, Australia, Kanada dan New Zealand.

Anugerah ini diperkenalkan oleh Raja Edward VII pada 1902.

Howard, 72, adalah perdana menteri Australia yang kedua berkhidmat paling lama.

Bekas pemimpin Parti Liberal itu memimpin Australia dari 1996 sehingga 2007.

Hockney, 74, pula adalah pelukis moden Britain paling popular dan dikenali di seluruh dunia.

Hockney dikenali kerana lukisan-lukisan lanskap, potrait dan juga lukisan ruang.

Lain-lain anggota Order of Merit ini ialah bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher; Putera Charles, suami Ratu, Putera Philip; pengubah popular, Tom Stoppard; Arkitek, Norman Foster; pencipta laman web dunia, Tim Berners-Lee dan bekas Perdana Menteri Kanada, Jean Chretien.

Artikel Berikut

Artikel Lain