suria

Rundingan Damai: Perunding Israel, Palestin Bertemu Pada Selasa

BAITULMUQADDIS: Beberapa perunding Israel dan Palestin akan bertemu pada minggu ini selepas perbincangan mengenai rundingan damai tertangguh selama lebih setahun.

Namun, kedua-dua pihak masih bermain teka-teki mengenai sebarang kemungkinan rundingan tersebut akan disambung semula.

Yitzhak Molcho yang mewakili Israel dan Saeb Erekat, Palestin akan mengadakan pertemuan pada Selasa di Jordan dengan beberapa wakil pengantara dari Timur Tengah - Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Rusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Tujuan perjumpaan itu adalah untuk meneruskan rundingan di antara kedua-dua negara dan memastikan Palestin-Israel bersetuju mengadakan perdamaian pada penghujung 2012," kata jurucakap Kementerian Luar Jordan, Mohammad al-Kayed di Amman.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton berkata, kedua-dua pihak perlu mengambil peluang tersebut untuk memperbaiki hubungan dua hala.

Rundingan damai dihentikan pada penghujung 2010 selepas Israel enggan menamatkan pembekuan di kawasan pendudukan di Tebing Barat seperti yang dituntut Palestin.

Menurut Palestin, rundingan itu tidak boleh diteruskan kerana Israel enggan menghentikan prmbinaan penempatan baru di sepanjang Genting Gaza.

Israel berkata, rundingan damai seharusnya tidak dilakukan tanpa sebarang pra syarat.

Pertemuan di antara Israel dan Palestin akan turut dihadiri Kuartet di Amman, kata Kayed dan Clinton.

Israel berkata, Molcho mahu menyertai rundingan dengan Kuarter tetapi tidak menyebut Erekat di dalam kenyataannya.

Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Wasl Abu Yossef menyifatkan pertemuan pada Selasa sebagai sebuah forum untuk kedua-dua negara menawarkan peranan terhadap keselamatan dan persempadanan seperti yang diminta Kuartet pada Oktober.

Artikel Lain