suria

Meerqeen kenal Sarah Yasmine tapi tak pernah berkawan, anggap hubungan sekadar peminat

Meerqeen anggap Sarah sebagai peminat.

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba nama pelakon Meerqeen turut dikaitkan dengan kekasih gelap kepada aktor Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.

Mengakui pernah bertemu wanita itu sebelum ini, Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, bagaimanapun berkata hubungan mereka tidak lebih daripada seorang artis dan peminat.

“Saya fikir saya kenal dan kami pernah jumpa. Dia adalah peminat,” katanya kepada pemberita.

merq

Meerqeen tak melatah menjawab status hubungannya bersama Sarah.

Meerqeen berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan episod pertama siri Astro Originals, Framed yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Sementara itu, Meerqeen berkata dia dan Sarah tidak bersahabat, namun wanita itu memaklumkan kepadanya mengenali ramai rakan artis lain.

“Dia bukan kawan. Saya boleh cakap sebab dia kata dia kenal semua artis, jadi dia fans (peminat),” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine terpaksa kongsi rakaman Aliff Aziz menangis, minta kekasih salahkan Ruhainies punca segalanya

ARTIKEL BERKAITAN: Sampai menangis Aliff Aziz bimbang ditinggalkan kekasih gelap, Sarah Yasmine mahu saman Ruhainies

Tidak melatah dengan spekulasi yang timbul, Meerqeen menyedari apa sahaja yang berlaku membabitkan namanya pasti akan menjadi bualan netizen.

Namun buat masa ini dia lebih selesa memberikan fokus kepada kerjaya yang sedang meningkat naik.

“Semua perkara buruk yang terjadi dalam industri ini mesti terpalit nama Meerqeen. Kadang-kadang saya terpaksa lari daripada benda tersebut dan fokuskan lebih kepada karier saya,” ujarnya.

Sebelum ini, seorang pengguna di aplikasi X mendakwa Sarah juga pernah mempunyai hubungan dengan Meerqeen.

553 (3)

Nama Sarah hangat diperkatakan selepas pendedahannya.

Bagaimanapun, pengguna berkenaan tidak menjelaskan secara terperinci mengenai status hubungan Sarah dan Meerqeen.

Pada Isnin lalu, Sarah mendedahkan dia sudah menjalin hubungan istimewa bersama pelakon Aliff Aziz sejak awal Januari lalu.

Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungan mereka selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen akibat ditangkap berkhalwat bersama seorang aktres pada Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain