suria

Puas Ruhainies pujuk ajak jumpa... Sarah Yasmine tetap pendirian, jawab ‘no thanks!’

Sarah (kiri) tolak jemputan Ruhainies untuk bersemuka.

KEKASIH gelap kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine tetap dengan pendiriannya untuk tidak berjumpa Ruhainies meskipun aktres berkenaan berkali-kali cuba memujuk.

Berbalas mesej di Instagram, Sarah memberitahu dia menolak pelawaan itu dan meminta Ruhainies supaya tidak lagi mengganggunya.

"No, thanks! Jangan DM (direct messege) lagi. Tak mahu jumpa. Habis cerita.

sarah yasmine 11

Mesej Ruhainies kepada Sarah.

"Terima kasih atas jemputan, tetapi saya tolak," katanya.

Sarah menulis pekara tersebut di Instastory miliknya pada Jumaat berserta tangkap layar mesej yang diterima daripada Ruhainies di IG.

Dalam perbualan tersebut, Ruhainie cuba mengaturkan pertemuan antara mereka berdua termasuk isteri kepada Aliff iaitu pelakon Bella Astillah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak layan permohonan maaf, Sarah Yasmine tolak pelawaan Ruhainies ajak jumpa... “Awak tipu saya dua kali”

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies tampil buat permohonan maaf, mahu bersemuka dengan Bella Astillah dan Sarah Yasmine

Ruhainies berhasrat mengadakan perjumpaan agar ketiga-tiga mereka dapat menyelesaikan kemelut yang sedang hangat diperkatakan itu.

Sarah bagaimanapun menganggap kata-kata Ruhainies sebagai satu penipuan dan aktres berkenaan masih berhubung dengan Aliff.

"Bagaimana tahu (Aliff di Singapura). Masih berhubung kan? Dia (Aliff) boleh hubungi saya sebab saya dah tak sekat dia.

sarah yasmine 33

Kisah Ruhainies, Aliff, Bella dan Sarah jadi bahan bualan minggu ini.

"Awak tak perlu bercakap bagi pihaknya sebab dia sudah cukup matang," ujarnya.

Dalam masa sama Sarah juga berang dan mendakwa Ruhainies pernah bercakap perkara tidak benar tentang dirinya sebelum ini.

Ruhainies bagaimanapun enggan memanjang isu antara mereka dan berharap segala masalah dapat diselesaikan apabila mereka bersemuka.

Pada awal pagi Jumaat, Ruhainies secara terbuka menyatakan hasrat untuk berjumpa Sarah dan Bella.

Sarah pula dalam satu kenyataan sebelum ini memberitahu enggan berbuat demikian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain