suria

33 Korban Puting Beliung Di Tamil Nadu

CHENNAI: Angin puting beliung "Thane" kembali reda selepas membadai merentas bumi negeri Tamil Nadu di selatan India, dengan mengorbankan nyawa 33 orang sejak hari Jumaat.

Angin kencang yang ganas itu bertiup menyeberang tiga negeri di selatan India mengancam perkampungan kecil dan para nelayan membuatkan pengawal pantai sangat berjaga-jaga untuk mencegah kejadian lebih teruk berlaku.

"Ia bertiup melintas Cuddalore dan Puducherry. Kemudian akan mula reda dan tidak lagi membimbangkan, namun dalam masa beberapa hari akan datang hujan lebat akan turun," Dr S.R Ramanan, pengarah Pusat Amaran Kawasan Puting Beliung di Pusat Kajicuaca Daerah Chennai memberitahu Bernama.

Para pegawai menganggarkan hampir 5,000 buah rumah dan bot nelayan dimusnahkan oleh tiupan kencang puting beliung tersebut dengan kederasan 140km satu jam meninggalkan kemusnahan beberapa jam sahaja menjelang sambutan tahun baru.

Ia mengambalikan ingatan terhadap kemusnahan akibat badai Tsunami Laut India yang mengorbankan hampir 8,000 nyawa di Tamil Nadu pada 26 Disember 2004.

Bagaimanapun, sebuah lagi negeri selatan, Andhra Pradesh, yang didiami masyarakat nelayan, terselamat daripada mengalami kemusnahan teruk.

Ketua Menteri Tamil Nadu, J. Jayalalithaa mengumumkan pada hari Jumaat bantuan kewangan sejumlah RM85 juta untuk membaiki kerosakan prasarana dan rumah-rumah di bahagian timur negeri itu.

Walaupun pakar kajicuaca meramalkan ancaman angin puting beliung hujung tahun itu sudah berlalu, namun penduduk di persisiran pantai masih lagi ketakutan untuk pulang ke rumah mereka dan terus tinggal di pusat bantuan kerajaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain