suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Indonesia Fokus Hantar Tenaga Kerja Sektor Formal Pada 2012

JAKARTA: Indonesia akan menumpukan perhatian kepada penghantaran tenaga kerja sektor formal untuk pasaran kerja luar negara pada tahun 2012.

Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat berkata tenaga kerja separuh mahir, mahir dan profesional akan dihantar ke beberapa negara di kawasan Asia Pasifik, Timur Tengah, Eropah dan Afrika.

"Tahun 2011 sangat bersejarah kerana Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah menilai semula dasar penempatan tenaga kerja Indonesia khususnya untuk sektor pembantu rumah dan di masa depan penempatan mereka akan semakin dikurangi di mulai dari kawasan Timur Tengah dan kemudian Asia Pasifik," katanya di sini.

Sepanjang tahun ini, Indonesia telah menempatkan sejumlah 510,000 tenaga kerjanya di beberapa buah negara.

Jumhur berkata pihaknya telah melawat beberapa negara Asia Pasifik dan Afrika tahun ini untuk mempromosi pekerja mahir dan formal dari Indonesia dan sekali gus meninjau pasaran kerja untuk mereka.

Katanya hasil lawatan itu, pihaknya telah menerima pesanan ratusan ribu pekerja mahir dari Indonesia.

Justeru itu, beliau meminta kerajaan wilayah di negara itu supaya menghantar tenaga kerja mahir yang tidak dapat diserap di pasaran kerja tempatan untuk bekerja di sektor formal di luar negara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain