suria

Polis Matikan 6 Bom Buatan Sendiri Di Bangkok

BANGKOK: Sebanyak enam bom buatan sendiri yang dijumpai di sini telah dimatikan dan menahan seorang suspek, kata Polis Thailand.

Polis berkata, mereka menjumpai bom-bom tersebut pada awal Jumaat di tiga lokasi di timur Bangkok selepas mereka menjejaki suspek terbabit sebelum menahannya.

Timbalan Perdana Menteri, Chalerm Yubumrung berkata, sebahagian bom itu mempunyai persamaan dengan sebiji bom yang dijumpai di laluan berhadapan dengan Pejabat Kerajaan pada 6 Disember lalu.

Polis berjaya melupuskan bom-bom itu.

Charlem mengarahkan kawalan keselamatan diperketatkan sempena musim Tahun Baru.

Pada Tahun Baru 2006, sebanyak lapan bom meletup pada malam sambutan itu secara berasingan di Bangkok.

Seramai tiga orang terbunuh dan 38 yang lain cedera. Bagaimanapun, tiada suspek yang ditahan berhubung insiden itu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain