suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiger Tambah Penerbangan & Tempat Duduk

MELBOURNE: Tiger Airways Australia dijangka menerbangkan kesemua 10 pesawatnya menjelang pertengahan tahun depan, selepas menambah dua lagi minggu ini.

Syarikat itu kini akan meningkatkan jumlah penerbangan harian yang ia kendali daripada 22 kepada 32 dan telah menambah 45,000 tempat duduk lagi untuk tahun depan.

Jurucakap penerbangan, Vanessa Regan memberitahu news.com.au yang tujuh buah jet kini telah beroperasi dan berharap kesemua 10 kapal terbang syarikat itu akan terbang tahun depan.

"Sementara ia merupakan tahun mencabar untuk Tiger Airways Australia tetapi sokongan pelanggan kami terus kukuh," kata Regan.

Beliau berkata yang kejayaan mendapatkan semula keyakinan awam ialah pelancaran semula produk, memberi fokus kepada keupayaan, kebolehpercayaan dan meningkatkan keselamatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain