suria

156 Mati Di Vietnam Akibat Penyakit Tangan, Kaki & Mulut

HANOI: Seramai 156 orang di mana sebahagian besarnya adalah kanak-kanak mati manakala lebih 96,000 lagi menderita akibat penyakit tangan, kaki dan mulut setakat akhir November lalu.

Seorang pegawai di Kementerian Kesihatan berkata, secara purata jumlah kes menurun dari 3,000 pada September kepada 2,460 pada November.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat mengeluarkan amaran perjalanan pada Isnin supaya mereka yang ingin mengunjungi Vietnam perlu melindungi mereka daripada penyakit itu dengan mengamalkan kebersihan diri.

Wabak berkenaan begitu serius sejak kebelakangan ini. Sejak tahun 2008, kira-kira 10,000 sehingga 15,000 kes dilaporkan setiap tahun dengan kematian kanak-kanak antara 20 sehingga 30 orang. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain