suria

Libya & Ghadafi Dalam Situasi Tidak Menentu

TRIPOLI: Suasana tidak menentu terus menghantui Libya apabila kereta kebal dan barisan pertahanan milik kerajaan terus mempertahankan kediaman pemimpin mereka Muaamar Ghadafi sedangkan pada masa yang sama, beribu rakyat seperti meraikan 'kemenangan' tidak rasmi mereka menumpaskan pemerintahan 42 tahun kolonel tersebut.

Bagaimanapun, pemimpin berusia 69 tahun itu yang mendaki tampuk kekuasaan juga menerusi rampasan kuasa masih tidak kelihatan dan tidak ada berita rasmi mengenai kedudukannya.

Laporan awal pagi Isnin turut menyebut bahawa dua orang anak Ghadafi telah ditahan oleh puak pemberontak. Sehingga berita ini ditulis, nasib mereka tidak diketahui. Wartawan agensi berita Reuters melaporkan bahawa rakyat Libya telah meraikan kemenangan mereka menumpaskan regim Gadaffi tetapi tidak ada siapapun yang dapat mengesahkan di manakah sebenarnya pemimpin itu berada sekarang.

Libya berada dalam kancah perang saudara dan kekacauan sejak enam bulan yang lalu.

Walaupun puak pemberontak menerima bantuan sokongan tidak rasmi daripada tentera NATO tetapi Ghadafi dan askarnya masih mampu mempertahankan ibu negara tersebut dan beberapa kelompok markas tentera milik kerajaan. Selain Libya, dua buah negara Arab lagi yang telah menyaksikan kejatuhan pemimpin mereka ialah Tunisia dan Mesir.

Artikel Lain