suria

Pembunuh Kanak-Kanak Dakwa Dengar Suara Halus

NEW YORK: Seorang lelaki yang didakwa menculik, membunuh dan mengerat anggota badan seorang budak lelaki berusia lapan tahun diarahkan menjalani pemeriksaan psikologi selepas peguam belanya memberitahu bahawa dia mungkin mengalami sakit mental.

"Dia memberitahu yang dia ada mendengar suara dan mengalami halusinasi," kata peguam bela, Pierre Bazile.

Levi Aron, 35, mengaku tidak bersalah di atas dakwaan menculik dan membunuh kanak-kanak yang bertanyakan arah jalan kepadanya.

Aron membawa Leiby Kletzky yang pada ketika itu baru sahaja pulang dari kem Yahudi Ortodoks ke rumahnya pada Isnin.

Video yang dirakamkan kamera menunjukan pertemuan antara mangsa dan tertuduh di jalan Brooklyn semasa ibu mangsa sedang menunggu beberapa blok tidak jauh dari situ.

Penyiasat menjumpai kaki kanak-kanak malang itu yang dipotong lalu dibalut dengan plastic dan diletakkan dalam peti ais, juga barang lain seperti papan pemotong dan tiga pisau pengukir.

Semasa dibicarakan pada Khamis, Aron kelihatan tidak terurus, keliru dan pucat.

Malah dia yang ditahan tanpa ikat jamin diawasi sepenuhnya selepas peguamnya berkata yang dia mungkin boleh mencederakan dirinya sendiri.

Polis dan pihak pendakwa raya berkata Aron yang merupakan seorang kerani mengaku melemaskan mangsa menggunakan tuala mandi namun mereka masih meneruskan kerja mengesahkan penjelasan Aron yang mengerikan tentang kematian kanak-kanak itu.

Keluarga Kletzky masih binggung tentang kematian kanak-kanak malang berbangsa Yahudi itu.

"Kami binggung dengan kejadian yang berlaku namun apa yang kami tahu tuhan telah menghantar isyarat yang kami mungkin melakukan sesuatu yang sangat tidak patut sebelum ini dan kami masih mencari apakah kesalahan itu," kata rakan rapat kepada keluarga Kletzky, Shmuel Eckstein.

Eckstein mengatakan bahawa keluarga mangsa bagaimanapun tidak akan mencari jalan untuk membalas dendam ke atas kematian kanak-kanak itu.

Aron memberitahu penyiasat bahawa dia membawa kanak-kanak itu ke sebuah majlis perkahwinan di pinggir bandar dan berada di situ untuk beberapa jam, demikian menurut Pesuruhjaya Polis Raymond Kelly.

Beberapa tetamu majlis itu mengesahkan bahawa Aron datang ke majlis itu namun tidak ternampak kanak-kanak malang itu.

Aron kemudian membawa Leiby bermalam di rumahnya kerana sudah lewat semasa tiba di bandar dan meninggalkan kanak-kanak itu di rumahnya pada Selasa semasa dia pergi bekerja.

Kelly berkata tempat Aron bekerja mengesahkan bahawa dia datang bekerja seperti biasa pada hari tersebut.

Aron memberitahu polis yang dia membunuh Leiby apabila dia tiba di rumah setelah terkejut dengan operasi mencari kanak-kanak itu di Brooklyn dengan ribuan sukarelawan berbangsa Yahudi berkumpul di jalanan dan kejiranan pada Isnin untuk mencari mangsa.

"Apabila saya melihat risalah pencarian Leiby, saya panik dan ketakutan," kata Aron, menurut polis.

Penyiasat berkata luka yang terdapat di anggota badan kanak-kanak itu menunjukan berlakunya pergelutan antara mangsa dengan suspek sebelum mangsa dibunuh.

Dalam pengakuan Aron, dia menceritakan bagaimana dia memotong anggotaa badan mangsa, meletakkan beberapa bahagian dalam peti sejuk dan mandi.

Dia kemudiannya meletakan lebihan mayat di dalam beg pakaian dan memandu sekeliling bandar selama 20 minit sebelum membuang bag itu ke dalam sebuah tong sampah.

Pesuruhjaya Polis itu juga berkata Aron telah menulis pengakuan bertulis tentang pembunuhan yang dilakukannya dan mengakhiri pengakuannya itu dengan meminta maaf dia atas kesalahan yang telah dilakukannya.

Aron tidak mengaku bahawa dia mencabul kanak-kanak itu namun pihak berkuasa masih lagi menyiasat kemungkinan terhadap perkara itu.

Ketua Pendakwa raya daerah Brooklyn, Charles Hynes berkata penyiasa sedang mencari sama ada Aron mungkin pernah membuat sebarang huabungan yang tidak patut dengan mana-mana kanak-kanak sebelum ini.

Polis juga memeriksa tiga komputer yang dirampas di rumah Aron dan melakukan pencarian di belakang rumahnya dalam usaha menyiasat kes itu.

"Tiada sebab mengapa perkara ini perlu terjadi. Kejadian pembunuhan kanak-kanak berusia lapan tahun ini sangat dasyat dan menyayat hati," kata Pesuruhjaya Kelly. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain