suria

Gereja Katolik China Lantik Biskop Baru Tanpa Kelulusan Pope

BEIJING: Satu agensi berita yang mempunyai pengaruh Vatican melaporkan bahawa gereja Katolik yang mendapat sokongan kerajaan China akan menentukan biskop barunya tanpa mandapatkan kelulusan pope terlebih dahulu.

Pelantikan yang akan dilakukan pada Khamis itu akan menjadikannya yang ketiga tanpa mandat pope dalam masa lapan bulan.

Pihak Vatican bagaimanapun menegaskan bahawa hanya paus sahaja yang mempunyai kuasa untuk melantik biskop.

Beijing pula melihat perkara ini sebagai satu campur tangan dalam hal ehwal negara ini.

AsiaNews melaporkan Paderi Joseph Huang Bingzhang akan dilantik menjadi biskop di Shantou dalam wilayah Guangdong dan empat biskop yang ditahan oleh kerajaan akan dipaksa menghadiri upacara tersebut.

Penasihat Pope Hong Kong, Kardinal Joseph Zen membuat rayuan kepada Presiden China, Hu Jintao dan Perdana Menteri, Wen Jiabao supaya memberhantikan pelantikan itu. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain