suria

Aishwarya Rai Terima Pingat Dari Perancis

NEW DELHI: Bintang filem Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan telah dianugerahkan pingat kebesaran Perancis di atas sumbangannya dalam mengeratkan dunia seni antara India dan Perancis, demikian menurut Kedutaan Besar Perancis di sini dalam satu kenyataan.

Artis berusia 37 tahun itu yang juga menantu kepada Amitabh Bachchan kini sedang sarat mengandung anak pertamanya akan dianugerahkan “knight of the order of arts and letters” dalam satu majlis yang akan diadakan di sini.

Anugerah itu diberikan sehari sebelum Perancis menyambut hari kebangsaan mereka dilihat sebagau satu pengiktirafan kepada industri perfileman Bollywood.

Aishwarya yang dinobatkan sebagai Miss World pada tahun 1994, telah membintangi lebih 40 buah filem Hindi dan beberapa buah filem Inggeris termasuk "Pink Panther".

Beliau telah mengahwini pelakon dan penerbit, Abhishek Bachchan, 35, anak kepada ikon filem Bollywood, Amitabh Bachchan.

Duta Besar Perancis ke India, Jerome Bonnafont akan menyampaikan anugerah itu bagi pihak Kerajaan Perancis.

Amitabh Bachchan sendiri pernah dianugerahkan pingat kebesaran Perancis “the Legion of Honour” pada tahun 2007.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain