suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sudan Selatan Jadi Anggota PBB Yang Ke-193

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Sudan Selatan secara rasminya pada Khamis diterima sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang ke-193.

"Saya dengan ini mengisytiharkan Sudan Selatan sebagai anggota baru PBB," kata Presiden Perhimpunan Agung PBB, Joseph Deiss.

"Selamat datang Sudan Selatan...Selamat datang dalam komuniti bangsa-bangsa bersatu," kata Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.

Sudan Selatan diisytiharkan sebagai sebuah negara yang berdaulat Sabtu lepas dalam satu majlis pengisytiharan kemerdekaan di ibu kotanya Juba.

Ia mencapai kemerdekaan selepas mengharungi perang saudara dengan Sudan selama lebih 50 tahun.

Kemerdekaan Sudan Selatan dicapai melalui satu referandum yang dijalankan enam bulan yang lalu yang menyaksikan hampir keseluruhan penduduknya mengundi untuk berpisah dengan Sudan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain